Welcome To SK Lenggong
Saringan Khas Linus
Saringan Khas Linus Tahun 2
Pada tarikh, 15.05.2012, SK Lenggong telah menjalankan Ujian Saringan Khas Linus untuk semua murid tahun 2. Linus atau Literacy & Numeracy Screening adalah ujian yang dijalankan untuk menguji tahap penguasaan murid dalam literasi (membaca dan menulis perkataan) dan numerasi (mengira). Sebanyak 9 konstruk telah diuji dalam saringan kali ini bagi menguji tahap penguasaan murid dalam membaca, menulis, memahami dan mengira
Last Updated (Tuesday, 15 May 2012 14:31)
Baju Sukan 2012
Baju Sukan 2012
Sekolah kebangsaan Lenggong, memperkenalkan baju sukan corak baru bagi menyelaraskan pakaian murid semasa Temasya Sukan dan Olahraga Tahunan Tahun 2012. Bagi murid lelaki, baju adalah berkolar dan berbutang tiga. Bagi murid perempuan pula, design baju adalah berlengan panjang dan "round neck"
Harga bagi sehelai baju sukan ini adalah bernilai RM 15. Harga ini adalah untuk baju murid lelaki dan perempuan. bagi murid yang menempah saiz dewasa, penambahan harga akan dikenakan. caj tambahan ini akan dimaklumkan kepada ibubapa setelah mendapat kata putus harga daripada pembekal.
Bayaran boleh dibuat kepada guru kelas masing-masing bermula 14 Mei hingga 18 Mei 2012.
Last Updated (Tuesday, 15 May 2012 14:33)
bola baling daerah 2012
Pertandingan Permainan Bola Baling MSSPk Daerah Hulu Perak 2012
Pada tarikh 14 April 2012 (Sabtu), SK Lenggong sekali lagi layak untuk mewakili Zon Lenggong bagi Pertandingan Permainan Bola Baling MSSPk Daerah Hulu Perak. Pada kali ini, venue pertandingan adalah di SK Mahkota Sari, Gerik. SK Lenggong menghantar dua pasukan untuk setiap kategori, iaitu lelaki dan perempuan. Dua pasukan Bola Baling SK lenggong ini layak secara automatik ke peringkat daerah, setelah muncul sebagai Johan di peringkat zon.
Pada peringkat daerah kali ini, Pasukan Bola Baling SK Lenggong memulakan langkah permainan dengan bergaya apabila menduduki tangga teratas pada saingan peringkat kumpulan. Pasukan Bola Baling Lelaki dan Perempuan SK Lenggong, memenangi kesemua perlawanan pada peringkat kumpulan. Kedudukan teratas dalam kumpulan membolehkan kedua-dua pasukan bola baling SK Lenggong layak ke pusingan kedua (XY).
Pada pusingan kedua, Pasukan Lelaki telah menentang pasukan SK Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Walaupun pada awal perlawanan, pasukan SK Lenggong ketinggalan 0-3, tetapi atas semangat juang untuk menang, akhirnya pasukan bola baling lelaki SK Lenggong telah memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan 4-3. Bagi Pasukan Bola Baling Perempuan, SK lenggong telah menewaskan Pasukan Bola Baling dari SK Chepor dengan jumlah jaringan 3-1.
Pada perlawanan Akhir, Pasukan SK Lenggong lelaki, telah menentang SK Mahkota Sari, gerik. walaupun mendahului dengan jaringan 3-2, akhirnya pasukan lelaki akur dengan kelebihan lawan. Kita tewas dengan jumlah jaringan 4-9. Bagi pasukan perempuan pula, SK Lenggong tunduk kepada, Pasukan Bola Baling SK RPS Kemar dengan jumlah jaringan 6-9.
Walaupun muncul sebagai Naib Johan pada kedua-dua kategori, tetapi sebenarnya, Pasukan Bola Baling SK Lenggong, telah memperbaiki pencapaian tahun 2011. Tahun 2011, kita hanya berupaya menyertai bagi pasukan lelaki dan bagi pasukan perempuan kita menduduki tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Pengurus, Jurulatih dan guru pengiring Pasukan Bola Baling SK Lenggong. Tanpa anda semua, Pasukan Bola Baling SK Lenggong tidak akan mencapai kejayaan seperti ini. dan Akhir Sekali, Tahniah juga kepada semua Pemain Bola Baling SK Lenggong.
Last Updated (Tuesday, 15 May 2012 14:33)
Majlis Tilawah dan Al-Quran (MTQ)
Majlis Tilawah dan Al-Quran
Pada Tanggal 10 April 2012, SK Lenggong telah di amanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Majlis Tilawah dan Al-Quran(MTQ) peringkat Daerah Hulu Perak. Majlis yang berlangsung selama sehari ini akan mempertandingan kan beberapa acara seperti, hafazan, bercerita, tilawah dan lain-lain lagi. Pihak Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telibat secara langsung atau tidak langsung
Last Updated (Tuesday, 15 May 2012 14:33)
Laporan Pertandingan Permainan Bola Baling Zon Lenggong
Pertandingan permainan Bola Baling Zon Lenggong
Pada tarikh 27 Mac dan 29 Mac 2012, telah berlangsung Pertandingan Permainan Bola Baling MSSPk Zon Lenggong. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari di SK Chepor. Pihak Admin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola baling lelaki dan perempuan SK Lenggong kerana telah muncul sebagai Johan Zon Lenggong
Bagi pasukan perempuan, kemenangan pada perlawanan akhir dicapai dengan menewaskan pasukan chepor dengan jaringan 8-5. walaupun pada permulaan perlawanan, pasukan Bola Baling Perempuan ketinggalan 0-4, tetapi atas semangat juang yang tinggi, kita berjaya menewaskan pasukanBola Baling Perempuan SK Chepor. Tahniah di ucapkan kepada semua pegawai pasukan dan pemain.
Kejayaan pasukan perempuan, telah menaikkan semangat pasukan Bola Baling Lelaki SK lenggong. Berasaskan kejayaan itu, Pasukan Bola Baling Lelaki SK lenggong juga telah berjaya muncul Johan pertandingan bola baling lelaki Zon Lenggong. walaupun diberi tentangan sengit oleh pasukan daripada SK Bukit Balai, Pasukan kita berjaya juga menewaskan pasukan sk bukit balai dengan lontaran penalti (1-0). Lontaran penalti diadakan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.
Admin sekali lagi mengucapkan Tahniah kepada kedua-dua pasukan Bola Baling SK Lenggong. Jumpa anda semua pada Pertandingan Permainan Bola Baling MSSPk Daerah Hulu Perak pada 14 Mac nanti di SK Mahkota Sari. Selamat Maju Jaya
Last Updated (Thursday, 19 April 2012 09:52)
































